Thursday 3 May 2012

PNB

Kelab Pelaburan Bijak PNB (KPBPNB) ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Perasmiannya telah disempurnakan pada 22 April 2000 oleh Yg. Bhg. Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia pada ketika itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersempena dengan penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia yang pertama. Keahlian adalah dari kalangan pelajar sekolah-sekolah menengah yang terpilih di seluruh negara.

Kelab Pelaburan Bijak PNB merupakan antara pendekatan PNB dalam usaha menyampaikan pendidikan pelaburan yang bersepadu kepada rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latarbelakang sejajar matlamat untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang celik pelaburan.

Wednesday 2 May 2012

Contoh-contoh Peluang Kerjaya yg Ditawarkan

Contoh-contoh Peluang Kerjaya :
1) Pegawai undang-undang pendakwa
2) Pegawai undang-undang gubalan
3) Pegawai undang-undang peguamcara
4) Pegawai undang-undang penasihat
5) Pegawai undang-undang biro bantuan guaman

Anggaran gaji dan Tahap Pendidikan Seorang Peguam

Anggaran Gaji
  • Sektor Awam (RM) : 1,700 – 5,200
  • Sektor Swasta (RM) : 1,960 – 4,280
Tahap Pendidikan
  • Ijazah Sarjana Muda Perundangan

Senarai Tugas / Suasana Pekerjaan di bawah Bidang Undang-undang

Senarai Tugas :

1) Mewakili pelanggan di mahkamah rendah atau mengarahkan barrister atau peguam bela membela kes di mahkamah yang lebih tinggi.
2) Membantu pelanggan merundingkan penyelesaian dalam hal yang melibatkan pertikaian undang-undang;
3) Mendraf perundangan dan menyediakan peraturan kerajaan berdasarkan undang-undang yang sedia ada.
4) Memberikan nasihat undang-undang berhubung dengan berbagai-bagai perkara kepada pelanggannya (termasuk kerajaan) dan Menjalankan urusan undang-undang bagi pihak pelanggan.
5) Menjalankan penyelidikan ke atas teori dan prinsip undang-undang dan hubungannya dengan undang-undang tertentu atau penghakiman mahkamah.
6) Menerima arahan dan membela di mahkamah yang lebih tinggi.
7) Menyediakan pembelaan atau kes bagi plaintif atau defenden dan menjalankannya di mahkamah;
8) Memeriksa keadaan pertikaian atau jenayah yang dilaporkan untuk memastikan fakta dan implikasi undang-undangnya.
9) Menyediakan dokumen undang-undang, wasiat, afidavit, dan kontrak serta mengendalikan sumpah;
10) Bertindak sebagai pendakwa bagi pihak kerajaan dalam kes jenayah.

Ciri-ciri Peribadi Seorang Peguam

Ciri-ciri Peribadi yang diperlukan :
  - Berminat dengan profesion ini.
  - Menguasai Bahasa Melayu dan Inggeris.
  - Memiliki kemahiran berkomunikasi.
  - Berkebolehan menilai, meneliti dan berpandangan jauh.
  - Suka membaca.
  - Mengikuti perkembangan semasa.
  - Berdisiplin dan berfikiran matang.

Senarai IPT yg Menawarkan Kursus Undang-undang

Senarai IPTA yang Menawarkan Kursus Ijazah Undang-undang


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law
* Syarat Kemasukan:
* Syarat minimum bagi lepasan diploma undang-undang:
> CGPA 2.50
Bagi lepasan diploma undang-undang / stpm / setarafnya:
> Sekurang-kurangnya kredit bahasa Melayu
> Sekurang-kurangnya kredit Pendidikan Islam / Tasawwur / Syariah /
> Quran Sunnah
> Kredit mana-mana subjek lain dalam SPM &
> CGPA 3.00 bagi lepasan diploma / matrik ATAU
> Jayyid Jiddan untuk STAM ATAU
> CGPA 3.00 BAGI STPM &
> Band 4 dan ke atas untuk MUET


Universiti Kebangsaan Malaysia
Fakulti Undang-undang
(Calon-calon akan mengikuti kursus sivil dan syariah dalam program ini)
Syarat Khas Program:
* Sekurang-kurangnya PNGK 3.00:
> Diploma Undang-Undang
Diploma Syariah &
> Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam matematik bagi SPM &
> Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 4 (Band 4) dalam Malaysian
University English Test (MUET); &
> Lulus temu duga yang ditetapkan.


Universiti Malaya


Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang (8 semester)
* Lulus Diploma dalam bidang Syariah dari IPTA atau IPTS yang mendapat akreditasi atau pengiktirafan dari MQA atau JPA atau
* Sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran syariah/Usuluddin &
* Sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut :
> Bahasa Arab Tinggi
> Bahasa Inggeris
Sarjana Muda Undang-Undang
* Memiliki Diploma Undang-undang dan PNGK sekurang-kurangnya 3.00 &
* Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 4 (Band 4) dalam Malaysian University English Test (MUET); &
* Lulus temuduga.


Universiti Sains Islam Malaysia
Tamhidi Syariah dan Undang-Undang
Syarat Am Universiti:
* Warganegara Malaysia; dan
* Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnyaLIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.
Syarat Khas Program:
* Memperoleh Gred B dalam mata pelajaran berikut:
> Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi
> Bahasa Inggeris
* Memperoleh kepujian (Gred C) dalam MANA-MANA DUA (2) mata pelajaran berikut:
> Pendidikan Islam / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Tasawwur Islam
> Memperoleh kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Matematik atau Matematik Tambahan.
> Memperoleh kepujian (Gred C) dalam MANA-MANA SATU (1) mata pelajaran yang lain.


Universiti Teknologi Mara
FAKULTI UNDANG-UNDANG
Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian)
Syarat Am Universiti
> Lulus SPM/ setaraf dengan baik.
> Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Malaysia di peringkat SPM/ setaraf.
> Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
> Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi UM/ Asasi Undang-undang KPTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
> Lulus Diploma dari IPT Lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Malaysian University English Test (MUET) Band 1
Lepasan Diploma dari UITM
> MUET band 4
Lepasan Diploma dari IPTA lain yang Diiktiraf
> Diploma dalam bidang berkaitan dari Institusi Pengajian Tinggi Lain &
> Lulus SPM/ Setaraf dengan lima (5) kepujian termasuk Bahasa Inggeris, Matematik / Matematik Tambahan &
> Muet band 4.


Universiti Sultan Zainal Abidin
Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian)
Kelayakan STPM
* Memenuhi Syarat Am Universiti; &
* Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
> Bahasa Inggeris;
> Pendidikan Islam/Tasawwur Islam/Pendidikan Syariah Islamiyyah/Pendidikan Al-Quran dan Sunnah/Pendidikan Moral; dan
Mana-mana dua (2) mata pelajaran lain tidak termasuk Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia &
* Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 4 (Band 4) dalam Malaysian University English Test (MUET)
atau mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET) dan Gred A- dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris peringkat SPM.
Kelayakan Diploma
Memenuhi Syarat Am Universiti; &
* Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
> Bahasa Inggeris;
> Pendidikan Islam/Tasawwur Islam/Pendidikan Syariah Islamiyyah/Pendidikan Al-Quran dan Sunnah/Pendidikan Moral; dan
> Mana-mana dua (2) mata pelajaran lain tidak termasuk Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia &
* Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 4 (Band 4) dalam Malaysian University English Test (MUET)
Kelayakan Matrikulasi
* Memenuhi Syarat Am Universiti; &
* Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
> Bahasa Inggeris;
Pendidikan Islam/Tasawwur Islam/Pendidikan Syariah Islamiyyah/Pendidikan Al-Quran dan Sunnah/Pendidikan Moral; dan
> Mana-mana dua (2) mata pelajaran lain tidak termasuk Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia &
* Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 4 (Band 4) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Peguam Pilihan Keduaku




Seorang peguam ialah "seseorang yang pekerjaannya termasuk memberi nasihat atau bantuan guaman kepada pelanggannya; seseorang yang mempunyai lesen untuk mempraktikkan guaman di sisi undang-undang". Undang-undang merupakan sistem peraturan kelakuan yang ditentukan kerajaan sesuatu tempat untuk mengekalkan kestabilan dan keadilan. Seorang peguam menerapkan pengetahuannya mengenai teori undang-undang secara praktikal untuk menyelesaikan masalah sebenar atau pelanggannya.

Fungsi peguam berbeza mengikut tempat, dan oleh itu cuma dapat dihuraikan di sini secara umum. Berikut merupakan takrifan istilah "peguam" yang digunakan di beberapa tempat.



- Amerika Syarikat: wakil undang-undang yang mempraktikkan guaman.
- Australia: Kedua-dua barrister dan peguam cara.
- Kanada: Individu yang berlesen untuk mempraktikkan guaman.
- United Kingdom: Agak umum, boleh merujuk kepada pempraktik guaman seperti barrister, peguam cara, peguam pindah hak ataupun tidak seperti hakim.